Perang Dunia II Kerjaya_Tentera_Adolf_Hitler

Apabila Perang Dunia II bermula, Hitler melantik diri sendiri dengan gelaran unik "Perajurit Pertama Reich Jerman" (Erster Soldat des Deutschen Reiches) dan mula memakai jaket tentera berwarna kelabu dengan helang swastika dijahit atas lengan baju kirinya (bertentangan dengan gambaran salah zaman dalam filem dan budaya pop, Hitler tidak memakai pakaian seragam warna perang Parti Nazi pada sebarang masa ketika Perang Dunia II). Sepanjang peperangan, satu-satunya pingat kebesaran tentera yang Hitler tunjukkan ialah Lencana Cedera dan Iron Crossnya daripada Perang Dunia I dan Lencana Emas Parti Nazi. Posisi Hitler dalam Perang Dunia II pada dasarnya adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Jerman (Oberster Befehlshaber der Deutschen Wehrmacht).

Selepas mengarah persiapan untuk menyerang Poland beliau meneliti semua perintah arahan pasukan staf siapkan untuk tiga hari pertama operasi sehingga ke peringkat rejimen. Beliau mengolah semula rancangan untuk menawan sebuah jambatan penting, menjadikan mereka lebih berani.[41] Statusnya dengan pihak tentera bertambah buruk apabila mereka menjajah Norway dan menakluk Barat Eropah, dengan teras utama datang melalui Ardennes, yang beliau telah laksanakan walaupun diragui ramai penasihat profesional.[42]

Pada 19 Disember 1941, Hitler melantik dirinya Panglima Tentera Darat Jerman (Heer), dengan itu mengambil jawatan langsung operasi yang biasanya disandang oleh seorang Jeneral penuh Jerman. Terlalu yakin dengan kepakaran tentera sendiri berikutan kemenangan-kemenangan awal pada tahun 1940, Hitler menjadi curiga terhadap Markas Besar Tentera Daratnya dan mula mencampuri urusan tentera dan perancangan taktikal dengan kesan-kesan yang merosakkan.[43] Menjelang akhir tahun 1942, beliau mula membuat keputusan yang membawa bencana.[43] Sejarawan yang menulis diari perang Wehrmacht menyimpulkan kesimpulan bahawa, "... didalam dirinya ketegangan antara wawasan rasional dan angan-angan emosional tidak pernah diselesaikan", dan kerana itu beliau merupakan salah seorang "simplifier dahsyat yang berfikir untuk mengurangkan kerumitan hidup kepada dogma (kepercayaan yang tidak boleh dibantah) yang telah mereka hasilkan."[44] Di hujung peperangan pada 22 April 1945, Hitler memberitahu Fil Marsyal Wilhelm Keitel dan Kolonel Jeneral Jodl bahawa beliau tidak ada arahan selanjutnya untuk diberi.[45]